Daftar Masuk
Iklan

 

 

 
Menu Utama
Muka Depan
Berita
Pengumuman
Hebahan
Info PERSAMA
Mengenai Persatuan
Ahli Jawatankuasa
Senarai Ahli Institusi PERSAMA
Pendaftaran Ahli PERSAMA
Warkah Berita PERSAMA
Kemaskini Maklumat Pengguna
Senarai Ahli PERSAMA Seumur Hidup
Info OMK 2017
Surat Hebahan OMK 2017
Borang Bayaran OMK
Info OMK
Keputusan OMK 2016
Keputusan Terdahulu
Contoh Soalan - OMK 2013
Contoh Soalan - OMK 2014
Contoh Soalan - OMK 2015



 
Pusat Pertandingan OMK 2017 dan Jadual Pertandingan PDF Cetak
Wednesday, 02 August 2017
Lampiran:

 
Mesyuarat Agung Tahunan PERSAMA 2016/2017 PDF Cetak
Tuesday, 04 July 2017

Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Penggal 2016/2017 Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 29 Ogos 2017, jam 4:30 petang, bertempat di Hotel MS Garden, Kuantan.


Agenda untuk Mesyuarat Agung Tahunan

 

  1. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2015/2016.
  2. Perkara Berbangkit daripada Minit Mesyuarat Agung 2015/2016.
  3. Pembentangan Laporan Tahunan PERSAMA 2016/2017.
  4. Pembentangan Penyata Kewangan PERSAMA yang berakhir pada 31 Mei 2017.
  5. Pemilihan Ahli-Ahli Majlis bagi penggal 2017/2018 – 2018/2019.
  6. Hal-hal lain yang pemberitahuannya secara bertulis mestilah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya 7 hari sebelum mesyuarat.

Pencalonan Ahli-Ahli Majlis penggal 1997/98 - 1998/99

 
Resit bayaran dan surat makluman pusat pertandingan PDF Cetak
Monday, 19 June 2017

Terima kasih kepada pihak sekolah yang berminat dengan OMK 2017 dan telah mendaftar pasukan masing-masing. Pihak kami sedang kemaskini senarai dan penyemakan butiran sedang giat di lakukan.


Maklum balas status pendaftaran OMK 2017 dan pusat pertandingan untuk sekolah berkenaan akan dimaklumkan melalui surat rasmi kepada pihak sekolah masing-masing.


Resit pembayaran juga akan disertakan bersama surat berkenaan.


Sekian, terima kasih.



Penyelaras OMK 2017
PPIMG/UMT

 
Lanjutan tempoh pendaftaran OMK 2017 PDF Cetak
Monday, 19 June 2017

Assalamualaikum wbt.

Kepada mereka yang berkenaan

Perkara: Lanjutan tempoh pendaftaran OMK 2017

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Memandangkan masih terdapat sekolah yang masih tidak dapat mendaftarkan pasukannya dan terdapat
juga permintaan dari pihak sekolah supaya tempoh pendaftaran OMK 2017 dilanjutkan.

Setelah dipertimbangkan, pihak JK OMK 2017 yang berpusat di PPIMG/UMT bersetuju untuk melanjutkan
lagi tempoh pendaftaran omk 2017 sehingga ke tarikh 30 Jun 2017 (sebelum 12 malam)


Pendaftaran juga boleh dibuat secara manual jika anda gagal mendaftarkan melalui Web.


Alamat: Abd Fatah Wahab
TDBP
Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
21030 Kuala Terengganu
TERENGGANU

Tel: 096683327 Faks: 09-6683326 e-mel: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya

Sekian harap maklum dan terima kasih

 
Maklumat Terkini Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 2017 PDF Cetak
Wednesday, 03 May 2017

Seperti semua sedia maklum, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan disambut pada Sabtu, 29 Julai 2017. Oleh yang demikian, dimaklumkan bahawa tarikh Pertandingan OMK 2017 dipinda kepada 12 Ogos 2017. Namun begitu, tarikh tutup pendaftaran dan bayaran OMK masih sama seperti dalam surat hebahan OMK 2017. Harap Maklum. Terima kasih.

 
Maklumat Lanjut OMK 2017 PDF Cetak
Thursday, 06 April 2017
Selanjutnya...
 
Surat Hebahan OMK 2017 PDF Cetak
Thursday, 23 February 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) yang merupakan aktiviti tahunan kelolaan Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan diadakan pada 29 Julai 2017 (Sabtu) jam 10:00 pagi – 12:30 tengahari di beberapa pusat pertandingan seluruh Malaysia. Seperti biasa, pertandingan ini terdiri daripada tiga (3) kategori iaitu:

Selanjutnya...
 
Emel Anugerah PDF Cetak
Monday, 09 January 2017

Anugerah PERSAMA 2017
SEMUA AHLI  AKADEMIK
MEREKA YANG BERKENAAN
 
Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tn/Pn/En/Cik,
 
PENCALONAN BAHAN-BAHAN ILMIAH UNTUK ANUGERAH PERSATUAN SAINS MATEMATIK MALAYSIA (PERSAMA) 2017
 
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) akan menganjurkan Anugerah PERSAMA 2017 yang akan diadakan semasa Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke 25 (SKSM25) di MS Garden Hotel Kuantan anjuran Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang Kampus Jengka pada 27-29 Ogos 2017.
 
2. Sehubungan dengan itu,  saya bagi pihak PERSAMA memohon kerjasama dari pihak Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tn/Pn/En/Cik untuk mencalonkan bahan-bahan ilmiah terbitan Jabatan saudara atau pencalonan individu untuk Anugerah PERSAMA 2016 bagi kategori berikut.
 

  • Buku Karya Asli 
  • Buku Karya Terjemahan
  • Tesis Sarjana
  • Tesis Doktor Falsafah
  • Makalah Ilmiah 
  • Rekacipta Matematik 
  • Rencana popular

3. Hadiah bagi pemenang utama dan beberapa pemenang saguhati berupa wang tunai serta sijil dari PERSAMA. Untuk makluman, pencalonan dari Jabatan amat digalakkan tetapi pencalonan dari individu juga turut diterima.  Bersama-sama ini dilampirkan garis panduan anugerah bagi setiap kategori untuk tindakan Y.Bhg Dato’/ Datin/Prof/ Prof Madya/ Dr/ Tn/Pn/En/Cik seterusnya (Lampiran). Untuk makluman, tarikh tutup pencalonan adalah pada 31 Mac 2017. Sila hantarkan bahan-bahan ilmiah yang berkaitan berserta borang pencalonan terus kepada saya di alamat di bawah. Borang pencalonan boleh juga didapati di laman web PERSAMA di www.persama.org.my.
 
4. Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan terus kepada saya.  Mohon kerjasama saudara untuk menghebahkan maklumat ini kepada semua staf akademik di Jabatan saudara.
 
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.  Wassalam.
 
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
 
Yang menjalankan tugas,
       
Dr Humaida Banu binti Samsudin
Penyelaras Anugerah PERSAMA 2017
d/a Pusat Pengajian Sains Matematik, Fakulti Sains & Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-89215723 (pej), 017-3623463 (h/p) Mel-e: Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya

Lampiran:
[Surat Pencalonan Anugerah PERSAMA 2017]

Lampiran:
[Borang Pencalonan Anugerah PERSAMA 2017]
[Poster Anugerah PERSAMA 2017]

 
Poster Anugerah PERSAMA 2017 PDF Cetak
Monday, 14 November 2016

 
Keputusan OMK 2016 PDF Cetak
Friday, 14 October 2016
Keputusan penuh pemenang-pemenang Hadiah Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga (Kategori Individu dan Kumpulan) bagi setiap Peringkat (Bongsu, Muda, Sulong) serta Hadiah Saguhati dan Sijil Sanjungan Kehormat OMK 2016 adalah seperti berikut:

Diminta semua pemenang menyemak ejaan nama masing-masing. Jika ada pembetulan, sila maklumkan kepada Penyelaras OMK 2016 ( Alamat e-mail ini dilindungi dari spambot, anda harus memampukan JavaScript untuk melihatnya ) dengan segera. Sijil akan dicetak dua minggu selepas tarikh pengumuman ini. Terima kasih dan tahniah kepada semua pemenang.

 
Maklumat Terkini dan Pusat Pertandingan OMK 2016 PDF Cetak
Thursday, 14 July 2016
  1. Pertandingan OMK 2016 akan berlangsung serentak di seluruh Malaysia pada 23 Julai 2016 (Sabtu), Jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
  2. Setiap peserta dari sekolah terlibat diminta berada di pusat pertandingan masing-masing selewat-lewatnya sejam sebelum waktu pertandingan untuk urusan pendaftaran. (Sila pastikan setiap pelajar membawa kad pengenalan atau kad pelajar)
  3. Pelajar tidak dibenarkan membawa dan menggunakan buku sifir dan mesin hitung (kalkulator) semasa pertandingan.
  4. Sila lihat lampiran untuk mengetahui Pusat Pertandingan OMK 2016 bagi sekolah masing-masing.
  5. Surat Panggilan Menyertai OMK 2016 (bagi tujuan permohonan penempahan bas sekolah dan lain-lain) boleh di cetak dari lampiran.
  6. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 07-5534275 (Penyelaras OMK 2016)
Lampiran:

 
<< Awal < Sebelumnya 1 2 3 4 5 6 7 8 Berikutnya > Akhir >>

Hasil 1 - 11 dari 86
a site by Aidan    
admin

© 2007 PERSAMA